Friday, March 27, 2009

Berita Bioteknologi

Lulusan Bioteknologi Kini Laku Di Pasaran

Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan di universiti dan pengurusan kerajaan. Manakala dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional, pertubuhan antarabangsa, pengurusan hartanah intelektual dan menubuhkan syarikat sendiri.


Menurut laporan pasaran kerja untuk graduan bioteknologi kini amat luas malah ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk menghabiskan pengajian mereka.


Pasaran global yang berasaskan bioteknologi juga berkembang luas.


Bioteknologi membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan sokongan.Antaranya ialah instrumentasi iaitu pembangunan peralatan baru, reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan protein.


Sementara dalam pembangunan produk pula ia menghasilkan terapeutik manusia dan vaksin seperti vaksin Hepatitis B.


Ia menghasilkan benih baru untuk pertanian seperti kacang soya, produk-produk teknologi tinggi dan bawahan seperti klon kultur tisu pisang dan lain-lain.


Manakala disiplin daripada bidang bioteknologi ialah molekular biologi iaitu keupayaan memanipulasi kod genetik.


Selain itu ialah kimia protein iaitu memahami tugas-tugas protein dan penapaian iaitu menggunakan sel untuk menghasilkan produk pengkomersialan.

Antara yang paling menonjol dalam bidang bioteknologi sekarang ialah penjujukan genom dan beras.


Beras mempunyai genom paling kecil dalam pertanian bijirin dunia.


Pemahaman lokasi dan struktur satu gen dalam genom beras boleh membantu kita mencari gen yang sama dalam hasil pertanian yang lain.


Syarikat biotek diiktiraf -- Kerajaan setuju beri status Bionexus setaraf MSC – PM


08.09.2006 | NILAI 7 Sept. – Kerajaan hari ini bersetuju memberi status Bionexus – setaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) kepada syarikat yang membangunkan projek berorientasikan bioteknologi di negara ini, sebagai pengiktirafan sumbangan mereka.


Status tersebut, antara lain memberi kebebasan hak milik, tiada sekatan mengambil pekerja mahir asing, capaian rangkaian maklumat dengan pusat kecemerlangan penyelidikan serta penggunaan makmal, kemudahan dan perkhidmatan secara berkongsi.


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pemberian status Bionexus ini akan dinilai oleh Jawatankuasa Antara Kementerian dan akan ditadbir sepenuhnya oleh Malaysian Biotechnology Corporation (MBC).


“Status ini samalah juga sebagaimana status MSC yang dahulu. Jadi syarikat yang diberikan status Bionexus ini akan mendapat insentif daripada kerajaan,” katanya.


Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan serentak pembukaan kemudahan cGMP (Amalan Pengilangan Baik Terkini), Tabung Sains Hayat Malaysia dan Pusat Inovasi Bio di Kompleks Biofarmaseutikal Inno Biologics Sdn. Bhd., Putra Nilai, di sini hari ini.


Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam dan Pengerusi Inno Biologics Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Ahmad Zaharudin Idrus.


Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pelaksanaan Bioteknologi, di sini.


Kerajaan memperkenalkan status MSC pada 1996 bagi menyemarakkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan syarikat tempatan, di samping menarik syarikat luar untuk beroperasi di negara ini.


Antara keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan kepada syarikat berstatus MSC ini ialah 10 jaminan yang antaranya ialah tiada sekatan mengambil pekerja mahir asing, tiada cukai import kelengkapan multimedia, tiada sekatan penggunaan Internet, selain penyediaan tarif telekomunikasi yang mampu bersaing di peringkat global.


Menurut Perdana Menteri, pemegang status Bionexus akan menikmati segala keistimewaan yang hampir sama seperti MSC.


Katanya, Bajet 2007 memberi pengecualian cukai keuntungan selama 10 tahun kepada pemegang status Bionexus termasuk pengurangan cukai pada peringkat awal pelaburan.


“Kita mahu meningkatkan bilangan syarikat yang berorientasikan bioteknologi dan biotek ini kepada 200 menjelang 2010. Kita juga mahu melihat syarikat global Malaysia pada 2020. Pada masa yang sama pembangunan dan penyelidikan harus seiring dengan pembangunan itu,” katanya.


Menurut Abdullah, beliau amat gembira progres kerja yang dilakukan terhadap pembangunan bioteknologi ini kerana ia berjalan begitu cepat.


‘‘Saya berbangga dengan kerja yang dilakukan ini dan kita berharap ia dapat lebih dipercepatkan lagi supaya perkara ini dapat diperluaskan segera,” ujarnya.


Perdana Menteri juga menjelaskan, setakat ini pembangunan 25 projek bioteknologi telah dilakukan dengan nilai pelaburan RM543 juta, antaranya ialah biofarmaseutikal sebanyak sembilan projek, agrobioteknologi (7), biotek perubatan (6) dan industri biotek (3).


Dengan projek ini, Abdullah berharap ia akan diperluaskan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara, serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan, selain melahirkan saintis negara dalam bidang bioteknologi.


Beliau turut mengumumkan kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Biotechnology Corporation dan Q.B.3 Institut of University of California, San Francisco untuk bersama-sama menjayakan projek penyelidikan dan melatih penyelidik Malaysia berkaitan kaedah terkini teknik saintifik serta kerjasama bioteknologi di Inno Biologics Sdn. Bhd.


Inno Biologics Sdn. Bhd. merupakan syarikat perusahaan bioteknologi utama di bawah Inno Bio Ventures Sdn. Bhd. yang diperbadankan di bawah MOSTI dan perkhidmatannya termasuk pengklonan gen menggunakan sel mamalia, pembangunan bioproses dan pengeluaran biofarmaseutikal cGMP.


Link | http://www.utusan.com.my


100 syarikat mampu komersial produk bio
Oleh Suffian A Bakar

PERBADANAN Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp), agensi yang bertanggungjawab merealisasikan objektif bioteknologi negara, mengenal pasti 100 syarikat berpotensi menjadi pengeluar produk bioteknologi secara komersial.


Ketua Eksekutifnya, Iskandar Mizal Mahmood, berkata daripada syarikat yang dikenal pasti itu, 63 sedang mendapatkan bantuan BiotechCorp.


Beliau berkata, selain membantu syarikat tempatan terbabit memulakan perniagaan, BiotechCorp juga memberikan khidmat nasihat mengenai sumber terbaik kepada keperluan individu, serta opsyen bagi kemudahan dan infrastruktur termasuk pelesenan.


“Kami akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi membolehkan mereka mendapat bantuan pembiayaan atau geran bersesuaian,” katanya pada satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Iskandar Mizal berkata, BiotechCorp juga mendapat peruntukan RM100 juta untuk disalurkan sebagai Geran Komersial kepada syarikat baru beroperasi tetapi belum lagi bertapak kukuh.


Antara program pembangunan BiotechCorp termasuk pengambilalihan teknologi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta dan perkara berkaitan harta intelek, katanya.


Menyedari bioteknologi sering kali disalah faham, beliau berkata BiotechCorp sedang merangka mengadakan forum bagi membolehkan orang ramai lebih memahami mengenai bioteknologi.


“Imaginasi spontan kita apabila memperkatakan mengenai bioteknologi ialah saintis berbaju putih di makmal dengan tabung uji mengandungi pelbagai virus.


“Ia sebenarnya lebih daripada itu. Apa yang kita buat di BiotechCorp ialah membantu rakyat Malaysia mengkomersilkan idea.


“Berapa orang sangatlah yang tahu siapa mencipta komputer peribadi, tetapi bila sebut saja nama Apple, IBM, Acer atau HP ramai yang tahu.


“Apple, IBM, Acer dan HP telah berjaya mengkomersialkan komputer peribadi,” katanya.


Bioteknologi adalah platform teknologi dan sains yang menyediakan pendekatan pelbagai disiplin tercanggih kepada pembangunan ekonomi pengetahuan.


Bioteknologi telah dikenal pasti sebagai enjin pertumbuhan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).


Beliau berkata, kerajaan mensasarkan bioteknologi menyumbang 2.5 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menerusi fasa pertama pelaksanaan dasar bioteknologi negara untuk tempoh 2005-2010 dengan nilai pengeluaran antara RM45 bilion hingga RM3.145 trilion.


Pusat Bioteknologi Felda terbesar dunia

NILAI: Pusat Bioteknologi Felda (PBF) yang dirasmikan oleh Felda baru-baru ini, menyediakan kemudahan makmal untuk menghasilkan anak benih tumbuh-tumbuhan melalui kaedah kultur tisu terutamanya sawit, pisang dan tongkat ali yang terbesar di dunia.


Pusat yang dibina dengan perbelanjaan RM25 juta itu terletak di bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, berupaya menghasilkan sehingga tiga juta anak benih sawit setahun menerusi kaedah pengklonan bagi keperluan ladang sawit dalam dan luar negara.


Makmal berkeluasan 12,000 meter persegi itu, mengganti makmal biaklon yang dahulunya beroperasi di Anjung Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dengan kapasiti 250,000 anak klon sawit setahun.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan pusat itu berkata, Felda perlu merebut peluang dalam bidang yang berpotensi tinggi ini untuk diceburi secara komersial bagi menjana pendapatan, sekali gus membantu peneroka meningkatkan pendapatan melalui penggunaan anak benih sawit bermutu tinggi.


“Hasil penyelidikan pusat itu, benih klon sawit bermutu tinggi dan berupaya menghasilkan Buah Tandan Segar (BTS) sehingga 40 tan/ha/tahun berbanding dengan anak benih komersial D x P pada masa ini antara 20 hingga 26 tan/ha/tahun.

“Ini selaras dengan visi Felda yang mensasarkan peningkatan pengeluaran BTS dan KPM sekurang-kurangnya 23 tan sehektar setahun dan 22 peratus KPM menjelang 2011,” katanya.


Beliau berkata, Felda dijangka berjaya mencapai Visi 35:25 yang disasarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, iaitu pengeluaran 35 tan BTS sehektar setahun dan 25 peratus KPM menjelang tahun 2020.


“Pada peringkat permulaan, kapasiti operasi penghasilan anak klon sawit di pusat berkenaan dilakukan untuk satu juta anak benih setahun dan menjelang tahun 2010 dan seterusnya, kapasiti penghasilan akan ditingkatkan sepenuhnya kepada tiga juta setahun,” katanya.


Anak benih klon yang dihasilkan itu adalah untuk kegunaan ladang Felda dan ladang swasta lain dalam atau luar negara jika mendapat permintaan.


Benih yang dihasilkan di makmal Kuala Lumpur, kini ditanam di 6,900 hektar ladang, termasuk 5,000 hektar milik Felda dan selebihnya di beberapa ladang swasta.

Najib berkata, pembukaan pusat itu sebagai sokongan penuh Felda kepada usaha kerajaan menjadikan bioteknologi sebagai sumber pertumbuhan baru.


Ia juga adalah manifestasi kejayaan Felda dalam usaha meningkatkan mutu bahan tanaman sawit bagi industri sawit, sekali gus meningkatkan pengeluaran dan pengeksportan minyak sawit.

- mjohari@mpob.gov.my


©The New Straits Times Press (M) Berhad

Peluang Pekerjaan

PELUANG PEKERJAAN

Bioteknologi merupakan sebidang yang terbaharu dan ia adalah pengetahuan gunaan biologi. Ia cuba menduplikasi atau mengubah fungsi sesuatu sel hidup supaya dapat berfungsi secara terkawal dan dapat diramalkan secara tepat. Subjek-subjek yang diliputi dalam bidang ini termasuk biologi, biokimia, kejuruteraan genetik, bioteknologi tumbuh-tumbuhan dan pertanian.

Bagi mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang bioteknologi peluang pekerjaan wujud di syarikat-syarikat farmaseutikal, organisasi-organisasi bioteknologi yang berorienrasikan penyelidikan, industri-industri makanan serta yang berasaskan pertanian.

Pembangunan dalam sektor bioteknologi juga mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang sedang dialami oleh dunia, dimana sektor ini memerlukan tenaga pekerja yang banyak dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan.

Peluang Kerjaya dalam Biosains & Bioteknologi

Diploma

Bidang Pengajian

1.Kejururawatan
2.Teknologi Perubatan
3.Sains Bioperubatan
4.Bioteknologi
5.Teknologi Pemprosesan Kimia
6.Kejuruteraan Biokimia

Industri/Perniagaan

Juruteknik Teknologi Pemprosesan
Juruteknologi Makmal
Juruteknik Kawalan Mutu (QC)
Penyelidik Penyelidikan & Pembangunan
Juruteknologi Makmal
Penyelidik Penyelidikan & Pembangunan
Pembantu Penyelidik Klinikal
Usahawan

Akademik

Juruteknologi Makmal
Penyelidik Penyelidikan & Pembangunan

Peluang Kerjaya dalam Biosains & Bioteknologi

Pra Siswazah/ Sarjanamuda

Bidang Pengajian

1.Fizik/Biofizik
2.Biology
3.Sains Bioperubatan
4.Kimia Komputasi Analisis
5.Biokimia
6.Mikrobiologi
7.Kimia Organik
8.Genetik
9.Kejuruteraan Kimia
10.Biologi Molekul/ Sel

Industri/Perniagaan

Ahli Kimia Industri
Ahli Farmasi
Ahli Jaminan Mutu
Ahli Kimia Penyelidikan & Pembangunan
Kejututeraan Bioproses
Bioinformatik
Biostatistik
Pembantu Penyelidik Klinikal
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Pengurus Makmal
Usahawan
Penyelidik

Akademik

Pembantu Penyelidik
Penyelidik Klinikal
Pensyarah
Bioinformatik
Biostastik
Pengurus Makmal

Peluang Kerjaya dalam Biosains & Bioteknologi

Pasca Siswazah/ Ijazah Lanjutan
Sarjana/MSc.
PhD

PhD/MBBS
PhD/MBA

Industri/Perniagaan

Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Eksekutif Sains
Ketua Eksekutif Perubatan
Pengurus Penyelidikan
Saintis Penyelidikan & Pembangunan
Perunding Teknologi
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Peguam Paten
Penulis
Perunding Pelaburan
Penganalisis Pelaburan
Usahawan

Akademik

Saintis Penyelidikan & Pembangunan
Penyelidik Klinikal
Ketua Projek Penyelidikan
Professor
Pengarah

SYARAT MENYERTAI PENGAJIAN BIOTEKNOLOGI

Untuk menyertai pengajian dalam bidang bioteknologi di sesebuah institusi pengajian tinggi awam atau swasta, seseorang pelajar perlu memiliki gred yang cemerlang di peringkat STPM atau A -Level dalam mata pelajaran kimia, fizik, matematik dan biologi. Siswa-siswi di Universiti tempatan juga dikehendaki lulus peperiksaan MUET.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak. Universiti Putra Malaysia dan International Islamic University Malaysia menawarkan Program Bachelor of Biotechnology yang memakan masa tiga tahun (6 hingga 8 semester).

Monash University Malaysia, Kolej Damansara Utama (KDU) dan Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) juga menawarkan program ijazah 3 tahun dalam bidang ini. Kos program ini adalah dianggarkan di antara RM 20,000 dan RM 25,000. Para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian adalah dinasihatkan supaya menyemak dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapat tahu sama ada atau tidak program yang dijalankan oleh institusi-institusi ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Beberapa universiti di Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat menawarkan kursus ijazah jangka masa tiga tahun dalam bidang ini. Senarai universiti-universiti luar negara yang diiktiraf boleh diperoleh daripada Jabatan perkhidmatan Awam.

sektor bioteknologi mempunyai potensi tinggi dan akan memainkan peranan terpenting di Negara kita selama-lamanya. Lantaran itu, para pelajar perlu menceburkan diri secara bergiat dalam bidang ini.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Memandangkan bidang ini berpotensi untuk maju, banyak universiti tempatan menawarkan program ini di peringkat sarjana muda antaranya Universiti Ke­bangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Sementara itu banyak universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Jepun juga menawarkan bidang ini.

Semasa pengajian anda akan mempelajari beberapa disiplin berkaitan termasuk biokimia, mikrobiologi, genetik dan biologi perkembangan. Anda juga akan didedahkan dengan teknologi baru seperti pemprofilan DNA genom, teknologi DNA rekombinan, teknologi hibridoma, kultur tisu dan sel, kejuruteraan protein, teknologi enzim, bioteknologi tumbuhan dan haiwan di samping teknik-teknik penyelidikan terkini dalam biologi molekul.

.

Pengenalan Bioteknologi

Pengenalan Bioteknologi

Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :

1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi

2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman

3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus

Bioteknologi adalah suatu teknik saintifik yang menggunakan sel-sel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki bagi i tujuan-tujuan yang tertentu.

Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

Sebenarnya, bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang baru. la telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun dahulu dan teknologi ini semakin dimajukan mengikut perkembangan semasa.

Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi meliputi proses tradisional seperti membuat roti, wain, keju. Malah penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga melibatkan bioteknologi.

Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan analisis saintitik yang rapi. Bidang bioteknologi kini terlibat dalam bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan dan persekitaran manusia.

Misalnya dalam bidang kesihatan, bio­teknologi digunakan untuk menghasilkan antibiotik, hormon dan vaksin. Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuk pengawalan serangan mengunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkat tumbesaran.

Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula melalui proses teknologi fermentasi. Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik.

Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia dalam kawasan Tropika yang kaya dengan sumber asli yang bernilai, cara terbaik un­tuk memanfaatkan sumber ini ialah dengan menggunakan bioteknologi.

Wednesday, March 25, 2009

Apa itu bioteknologi?

Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1]


"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus."


Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.[2]


Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.