Friday, March 27, 2009

Pengenalan Bioteknologi

Pengenalan Bioteknologi

Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :

1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi

2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman

3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus

Bioteknologi adalah suatu teknik saintifik yang menggunakan sel-sel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki bagi i tujuan-tujuan yang tertentu.

Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

Sebenarnya, bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang baru. la telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun dahulu dan teknologi ini semakin dimajukan mengikut perkembangan semasa.

Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi meliputi proses tradisional seperti membuat roti, wain, keju. Malah penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga melibatkan bioteknologi.

Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan analisis saintitik yang rapi. Bidang bioteknologi kini terlibat dalam bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan dan persekitaran manusia.

Misalnya dalam bidang kesihatan, bio­teknologi digunakan untuk menghasilkan antibiotik, hormon dan vaksin. Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuk pengawalan serangan mengunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkat tumbesaran.

Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula melalui proses teknologi fermentasi. Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik.

Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia dalam kawasan Tropika yang kaya dengan sumber asli yang bernilai, cara terbaik un­tuk memanfaatkan sumber ini ialah dengan menggunakan bioteknologi.

2 comments:

  1. Assalamualaikum ... Sy nk tanya .. Apa beza bioperubatan dgn bioteknologi ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ... Sy nk tanya .. Apa beza bioperubatan dgn bioteknologi ?

    ReplyDelete