Friday, March 27, 2009

SYARAT MENYERTAI PENGAJIAN BIOTEKNOLOGI

Untuk menyertai pengajian dalam bidang bioteknologi di sesebuah institusi pengajian tinggi awam atau swasta, seseorang pelajar perlu memiliki gred yang cemerlang di peringkat STPM atau A -Level dalam mata pelajaran kimia, fizik, matematik dan biologi. Siswa-siswi di Universiti tempatan juga dikehendaki lulus peperiksaan MUET.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak. Universiti Putra Malaysia dan International Islamic University Malaysia menawarkan Program Bachelor of Biotechnology yang memakan masa tiga tahun (6 hingga 8 semester).

Monash University Malaysia, Kolej Damansara Utama (KDU) dan Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) juga menawarkan program ijazah 3 tahun dalam bidang ini. Kos program ini adalah dianggarkan di antara RM 20,000 dan RM 25,000. Para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian adalah dinasihatkan supaya menyemak dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapat tahu sama ada atau tidak program yang dijalankan oleh institusi-institusi ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Beberapa universiti di Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat menawarkan kursus ijazah jangka masa tiga tahun dalam bidang ini. Senarai universiti-universiti luar negara yang diiktiraf boleh diperoleh daripada Jabatan perkhidmatan Awam.

sektor bioteknologi mempunyai potensi tinggi dan akan memainkan peranan terpenting di Negara kita selama-lamanya. Lantaran itu, para pelajar perlu menceburkan diri secara bergiat dalam bidang ini.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Memandangkan bidang ini berpotensi untuk maju, banyak universiti tempatan menawarkan program ini di peringkat sarjana muda antaranya Universiti Ke­bangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Sementara itu banyak universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Jepun juga menawarkan bidang ini.

Semasa pengajian anda akan mempelajari beberapa disiplin berkaitan termasuk biokimia, mikrobiologi, genetik dan biologi perkembangan. Anda juga akan didedahkan dengan teknologi baru seperti pemprofilan DNA genom, teknologi DNA rekombinan, teknologi hibridoma, kultur tisu dan sel, kejuruteraan protein, teknologi enzim, bioteknologi tumbuhan dan haiwan di samping teknik-teknik penyelidikan terkini dalam biologi molekul.

.

1 comment: